Alexis Ohanian
Alexis Ohanian

Alexis Ohanian

Alexis Kerry Ohanian (lahir 24 April 1983)[1] ialah seorang usahawan dan pelabur Amerika Syarikat. Beliau dikenali sebagai salah seorang pengasas dan ketua eksekutif laman web berita sosial Reddit bersama Steve Huffman dan Aaron Swartz. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas firma Initialized Capital, membantu melancarkan laman web pencarian perjalanan Hipmunk, dan memulakan gerakan sosial Breadpig. Beliau juga merupakan rakan kongsi Y Combinator. Pada 2012, Andy Greenberg dari majalah Forbes menggelarnya "Datuk Bandar Internet."[2]Ohanian berpangkalan di Florida, yang mana beliau tinggal bersama isterinya, pemain tenis profesional Serena Williams, dan anak perempuan mereka.Sejak dari 2019[kemaskini], Forbes memperkirakan bahwa kekayaan bersihnya berjumlah $70 juta.[3]